Minggu, 12 September 2010

Mengajar Lucu

Kesiapan Di Kelas

Esok persekolahan akan bermula semula setelah bercuti selama seminggu. Walaupun banyak yg aku rancangkan tetapi Allah menentukan yang aku kena berehat dan tidak dapat jalankan apa yg aku rancangkan sebelum ni termasuklah taman yg tengah aku usahakan.

Bagi anak saudaraku, esok adalah hari mula untuk dia menjalani latihan mengajar diIndramayu. Aku teringat satu cerita yg pernah pensyarahku sampaikan sewaktu aku menjalani latihan mengajar hampir 20 tahun dulu....

Cikgu A (lelaki) merupakan seniorku yg menjalani latihan mengajar di salah sebuah sekolah di Selangor. Dia di selia oleh pensyarahku juga. Pada satu hari dia 'dinilai' oleh pensyarah tersebut, perasaannya menjadi tidak menentu dan peluh sejuk membasahi baju. Apa yg dibuat serasa tidak kena. Tetapi dia cuba mengawal keadaan dan berlagak seolah-olah tidak ada apa-apa yg berlaku. Para pelajar pun pandai 'berlakon' dan memberikan respon yg baik. Dia mula mengajar dengan bersemangat, menerang itu ini dan menggunakan pelbagai ABM.

Tiba-tiba ada seorang pelajarnya mengangkat tangan tanda ingin menyoal. Dia tersenyum sebab pengajaran nampak lebih 'hidup' bila ada respon pelajar.
"Apa yg kamu nak tanya Ali?"
"Macamana kita nak buka semula paip PVC yang telah diletakkan simen pelarut?"

Cikgu A tercari-cari jawapan utk soalan tersebut di dalam buku, tetapi tidak menjumpainya. (sbb memang tiada dlm buku). Semua mata tertumpu kepadanya utk memberikan jawapan. Peluh sejuk makin banyak yg keluar. Takut malu pd pelajar dan pensyarahnya, dia mula memikirkan cara nak menjawab soalan tersebut yg sememangnya tidak diketahuinya.

"Satu soalan yg bagus dari Ali. Marilah kita sama-sama tanyakan pensyarah yg ada dibelakang kamu semua. Dia lebih pakar dalam bidang ni."

hi..hi..hi..mesti kantoi cikgu A tersebut kerana pensyarah tersebut pun 'terkejut beruk'. Kepada guru-guru yg sedang dan akan menjalani latihan mengajar, kalau tak tahu jawab soalan pelajar jangan terus 'tembak' menjawab atau 'tembak' pensyarah mcm cikgu A. Buatlah persediaan rapi dan jangan terikat dengan maklumat di dalam buku teks saja....

Tidak ada komentar:

Posting Komentar